Followers

Tuesday, February 23, 2016

Hua Hin

26 December 2015

Kami mula kan journey ke Hua Hin, Thailand. Perjalanan bermula via ETS dari KL Sentral sehingga ke Sungai Petani. Turun at SP and tunggu train antarabangsa ke Thai. Reason being turun at SP sebab ada ample time nak tunggu next train ke Hua Hin. If turun kat Butterworth timenya mmg limited.

Train dari SP ke Thailand kami ambik yang tempat tidur but just nak bg tau korang yang bukan terus2 tidur ya kena tunggu after sempadan baru they will made your seat ke tempat tidur. Once berhenti kat sempadan untuk chop passport adalah di nasihat kan korang beli terus makanan malam. Nothing much nak buat dalam train selain dari dengar musik and tidur.

27 December 2015

Kami selamat sampai di Hua Hin dalam jam 7am. Pekan Hua Hin kecik so jgn expect to much sangat. For halal food hunting don't worry keluar train station korang akan nampak kedai2 kecik berhadapan train station makanan kat sini tak mahal and sedap and yang penting halal.
Pagi nie kami terus kan perjalanan menaiki seongtaw untuk ke tempat penginapan kami. Memandangkan kami sampai awal maka bilik not ready yet so apa lagi kami sewa motor 250 bath satu hari untuk explore Hua Hin dalam keadaan yang slow and steady. Kami banyak masa no rushing at all.






Lunch today kami makan kat Mooz, don't worry beli sim kad sana and google aje Mooz nie Insha Allah memang ada. Kedai makan kat sini korang boleh buat kiraan macam makan kat KL aje. Tapi memang sedap korang boleh try.







Today memang tak buat any activity sebab masih lagi penat. After lunch kami balik ke our sarang sebab nak check in and rest in the room.

Ini antara gambar street yang sempat kami capture. Kami keluar dinner at Mooz again and balik sarang to rest and start fresh tomorrow morning.









28 December 2015

Kami mulakan perjalanan kami seawal pagi berbekalkan roti ditangan. Perjalanan yang agak jauh tapi menyeronokkan. Berbekalkan arahan dari waze kami selamat tiba di tempat pertama kami. Agak lama memendam perasaan untuk ke sini Alhamdullilah rezeki kali nie sampai jua kami kat sini.









Kami lepak agak lama kat dalam nie sebab banyak ambik gambar. Lepas lunch kami meneruskan perjalanan ke sini









Kat sini kami tak lama sebab nothing much but kami gigih masuk sebab during our trip ke Santorini depa bagi free access untuk masuk ke sini. 

And now kami ke sini which memang one of the places yang kami target for so long jugak.




Here memang menarik sebab everything pun korang nak capture photo if korang kaki ambik gambar la.







Ok for today we already had enough fun, balik ke sarang untuk mandi and keluar balik untuk ke pasar malam.











Masa kami kat Chatsila Market nie satu aje halal food aje yang kami jumpa the rest tu non halal. Seafood memang banyak sayang kita tak bisa nak makan sebab mereka ada serve "che bab" gak.

Kalau korang jumpa halal food kat sini jangan lupa try depa punya salad (lebih kurang rojak gak) but kuah nie more sedap.


Seronok cuci mata kat sini macam-macam ada, cuma 1st day merayap pasar malam hanya look look and see see saja sebab kami ada banyak masa.

29 December 2015

Pagi nie sarapan roti bekalan kami beli dari halal food stall malam tadi. Pagi nie kami nak meneruskan perjalanan ke Maruekhathaiyawan Palace. Untuk sampai ke sini memerlukan kesabaran sikit sebab bila guna waze hurmmm bawaknya kita kat tepi laut, but yes Palace nie memang tepi laut pun. Tersalah masuk pulak ke kem askar terpaksa la senyum tanya direction nasib baik la hensem hehehehe lega hati nie ha. And yehaaa selamat sampai ke destinasi. Make sure jangan putus asa sebab tempat nie sangat menarik.















Hari nie memang activity kami ini aje, banyak termenung tengok tempat nie sambil berangan bestnya kalau umah kita tepi laut macam nie, hahahaha.

Breathtaking sungguh tempat nie sambil mengadap laut cuma tak boleh nak lepak sampai sunset aje tempat nie if not perghhh lagi menarik.

After settle sini kami saja mengada masuk ke FN Factory Outlet. Menarik tempat nie sebab ada mini taman






Ok dah saja cuci mata sini jom kita singgah ke stesen keretapi sekejap untuk makan late lunch and beli ticket sebab ticket balik. 

Malam nie biasa la ronda lagi la pasar malam best kot tengok all the foodie and barangan kat sini.


30 December 2015


Pagi nie kami mula awal sikit sebab kami nak merempit agak jauh untuk sampai ke sini. With waze anything everything is possible except semalam dia bawak kita ke tepi laut, hahahaha.

Sini ala-ala macam kat New Zealand la, walaupun NZ lagi best tp apa kurangnya Asia kan. Welcome to Vineyard.

Tuan tanah sedang memikirkan masa depan untuk menjadi pekerja kutip buah soon, hehehe. Hari nie korang sit back and relaks tengok aje gambar yang telah berjaya di capture dalam keadaan cuaca yang panas dan sejuk bila di tiup angin.









Kalau korang tanya manis ke idak anggur nie jawapannya sangat manis. Walaupun kecik aje jangan la banding dengan luar negara tetapi tetap manis. 





Untuk korang lepak sambil minum memang tempat nie korang kena booked dulu kalau tak merasa tengok beli air and ambik gambar and lepas tu chow. Nak duduk sambil berangan jangan harap sebab sentiasa fully booked.





Ini nama tempat nya korang boleh tengok dalam FB and email is there so communicate kat email.

Mission accomplished sebab memang dah masuk list nak pegi.

Kami teruskan perjalanan yang agak jauh untuk ke balik ke bandar and sambung lagi satu tempat ke sini pulak














One thing eden notice kat sini banyak barangan yang cute2 even tempat nie or konsepnya pun sangat menarik. Mana tau one day ada M'sian yang boleh tiru concept yang ada tak perlu pun besar kecik but menarik.

31 December 2015

Today kami dah boleh rileks sikit sebab activity dah tak memerlukan kami keluar awal pagi sangat kalau ada pun one more place to go. For korang yang nak datang sini tak perlu lama sebenarnya cuma perjalanan ke Vineyard saja yang paling jauh lain2 tu boleh lagi sebab dekat-dekat.

Today kami ke sini, kalau korang tanya worth ke jawapan mudah masuk free and tempat nie walaupun kecik tapi personally eden suka sebab i love anything to do with art (walaupun tak reti pun art tp maksud art nie luas).







Nie kak long kawasan jangan tak gatai mencuba nasib, hahahaha. Jangan cakap kak long tak payung

Out from this place korang boleh aje singgah here




If korang tanya worth or not with fees yang di bayar jawapan nya mmg tak perlu membazir banyak korang boleh beli with entrance fees nie.

Kami rasa cukup la sekejap kat sini kami teruskan perjalanan ingatkan nak pulang tapi jeng jeng terjumpa nie pulak






Masa kat sini kami berhenti hanya untuk ambik gambar buat masa nie kawasan nie 100% sedang di renovate kan. So akan datang korang boleh singgah la kalau nak.

Ok time untuk kami balik and start bungkus makanan untuk malam sekali sebab ada sambutan New Year so majority jalan akan di tutup tapi sebelum tu kami singgah cuci mata tengok lautan sekejap.



Breathtaking sungguh with pantai yang bersih, setelah penat almost seharian atas motor. Malam new year kita jalan-jalan kat street near our guest house aje.

1 Jan 2016

Happy New Year and semoga this year will better year from last year. Today misi kami mencari souvenir and lepak day sebab esok malam nie kami akan pulang.




Ok nie nak promote sikit masa kami ke Sheep Farm hari tu ada jumpa family from M'sia and borak-borak pasal makanan halal in Hua Hin ada memang ada cuma tak banyak. So borak punya borak dia keluar kan tin chicken curry nie and bagi kami. Honestly kami dah cuba memang sedap. Cuma masa borak tu ada kami katakan pls jgn tin aje maybe boleh upgrade ke pack kecik sebab senang backpackers nak angkut.

Untuk yang memberi nie lupa nak tanya nama Terima Kasih semoga business nie success and membantu perantau seluruh dunia. 

Another review masa kat Mooz jangan lupa try makanan nie sesungguhnya memang sedap and satu lagi choc cake (tak sempat ambik gambar sbb sedap sangat masuk perut terus)






Till today terasa lagi sedapnya chicken salad nie. Memang terbaik jangan lupa try.


Sepetang di Hua Hin sebelum kami pulang